Kabupaten Pemalang
Kabupaten Pemalang

Kabupaten Pemalang


Kabupaten Pemalang adalah sebuah kabupaten di provinsi Jawa Tengah, Indonesia. Ibu kotanya adalah Pemalang. Kabupaten ini bersempadan dengan Laut Jawa di utara, Kabupaten Pekalongan di timur, Kabupaten Purbalingga di selatan, serta Kabupaten Tegal di barat.Pemalang, sebagaimana wilayah-wilayah tetangganya Tegal dan Pekalongan, sedari zaman penjajahan kerajaan Belanda maupun Jepun telah terkenal kerana perkebunan gula dan daerah persawahannya yang subur. Bahagian utara dari Kabupaten Pemalang merupakan dataran rendah, sementara bahagian selatan adalah kawasan bergunung-ganang, dengan puncak Gunung Slamet (bersempadan dengan Kabupaten Tegal dan Kabupaten Purbalingga) sebagai gunung tertinggi di Jawa Tengah. Sungai yang terbesar adalah Kali Comal, yang bermuara di Laut Jawa.